20 November 2014

YA ALLAH, SAKITNYA.....


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi maha Penyayang....

firstly,nak cita nie...adalah satu hari tu,terbaca la (TERbaca okey..) dkt media sosial nie ada seorang adik manis nie cakap dia rela utk menerima service(faham2 la sendiri) untuk sesiapa yang memerlukan pada kadar yang sangat murah...adoyaiii la adik...adik terlalu muda adik nk bt benda2 mcam nie...kalau la akk nie bekerja,akak boleh bagi kamu duit kalau kmu nak duit....jgn la nk bt keje2 mcm nie dikk...akak yang tgk pn xsanggup..begitu murahnya adik menjual diri adik....sebab tu laaa ana menetang sekeras-kerasnya anak2 buah ana yg masih kecil ada akaun wechat,facebook,keek dan mcm2 lagi la...penah la satu hari tu ana "TER look around and "shake" dkt wechat tu,last2 ana dpt chat yang bukan2 dan siap mengandungi unsur-unsur kelucahan dan gambar2 yang sepatutnya...ok..sejak dari hari tu ana serik utk "look around" and "shake" ape kejadahnya lagi....hanya wechat untuk free call n vid call wif family kalau kedit xda...

dikesempatan dengan itu,ana terbaca la article dari blog sidiadihatuku.blogspot.com yang menceritakan tentang sakit dan azabnya menggugurkan kandungan....sini ana sharekan cara-cara moden dan tradisional untuk menggugurkan kandungan......

dan bila anda tgk cara doktor menggugurkan bayi, terdetik ke dlm hati tu nak buat jahat n gugurkan kandungan lagi????ana angkat tangan siap2...mmg ana xsanggup...


firstly, ada macam2 alatan yang doktor akan gunakan untuk menggugurkan kandungan...salah satunya, doktor akan guna jarum ini dan memasukkannya ke faraj
anda untuk menyuntik air yang berlarutan garam bagi melemaskan bayi.

ini baru mukaddimah, korang still rasa abortion x sakit ke..?



seterusnya, doktor akan guna kan speculum ni untuk membuka lubang faraj dengan lebih

luas dengan bukaan seluas 10 cm. (nak tengok besar mana..? pi check pmbaris

sekarang.)




dimasukkan macam ni...skru akan diputar2 dan faraj akan terbuka sedikit demi sedikit. 

siap terkoyak lagi.pedih.korang ingat x sakit ke?






x habes takat tu je,untuk mengeluarkan janin doktor yang baik hati itu menggunakan Cannulatube iaitu vakum yang sedutannya berkali ganda lebih kuat dr vakum biasa. tin biskut pun x sampai 5 saat dah remuk dikerjakan vacum ni.dah tin biskut pun remuk,rahim yang berorgan lembut itu apatah lagi.??





Lepas habis janin2 tersebut disedut vacuum yang canggeh itu, sisa2 janin yang tertinggal 

akan dikeluarkan menggunakan alat ni




untuk pengetahuan kalian, ini bukanlah pemicit jerawat yang slalu dijual dikedai2 runcit 

apatah lagi pengorek telinga.bnda ni adalah pengorek janin.hujungnya tajam seperti pisau 

dan dinding rahim si penggugur seni akan disiat2 menggunakan pisau mini ini.sisa2 janin

 yang tertinggal di rahim akan dikikis dan dikikis berkali2 seperti mengikis isi kelapa

 muda.

itu kalo janin masih kecil. tetapi sekiranya janin sudah membesar..cara ini 

digunakan..


sekali lagi ana ingin tegaskan, ini bukanlah pengepit kuih yang slalu digunakan makcik2 

yang jual kuih pagi2 tu. bnda ni dinamakan forsep, dan fungsi forsep adalah seperti ini






ingat cara ni x sakit..? risiko maut untuk anda lebih tinggi. bila2 masa sahaja nyawa akan

 ditarik.dan sudah tentu, rahim anda still akan dikikis oleh pisau tajam currette.

''eleyh.. xpelah, try guna kaedah tradisional, lebih jimat and senang..''

abortion kaedah moden kan mahal maka slalunya kaedah tradisional akan digunakan.dan

 anda akan berhadapan dengan ini..






batang ubi kayu yang hujungnya ditajamkan dimasukkan ke dalam faraj anda.dan batang

 kayu yang tajam itu akan di jolokkan dan diputar2 kan di dalam rahim anda. masa yang 

diambil agak lama.Kaedah tradisional ini mengundang risiko maut yg sgt tinggi dan bila2 

masa sahaja nyawa akan ditarik dan sempatkah anda untuk bertaubat ketika itu?



wahai penggugur bayi, anda memang KEJAM!

sumber:http://sidiadihatiku.blogspot.com/





LUAHAN HATI SI KECIL

Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam  badan ibu .. Adik sayang ibu, bunyi degupan jantung ibu menjadi muzik terindah yang menemani adik di sini ..
Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama-sama ye ..
Bulan 3: Bu , biar pun adik belum tau jenis jantina adik, tapi adik harap ibu dan ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jangan menangis ya ibu, kalau ibu menangis, adik juga ikut menangis..
Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..
Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?
Bulan 6: Ibu jumpa doktor tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , SAKIIIIT bu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu sekarang memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu sekarang sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik sayang ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..
Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk , memegang tangan , menggendong adik dengan lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. 
* terlalu cepatkah seorang bayi yang belum sempat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya..???
Allahurabbi .. Sedihnya baca ni . Alahai , kesian kat baby tu. 
sumber: http://pakarcinta.com/blog/kisah-seorang-anak-di-dalam-rahim-yang-di-gugurkan/

P/S: peringatan untuk diri sendiri yang sering leka dengan dunia semata-mata












13 November 2014

Mr.Right & Mrs.Perfect: APA ITU JODOH???

Mr.Right & Mrs.Perfect: APA ITU JODOH???: Apakah maksud sebenar jodoh dan pertemuan di tangan tuhan? Dan bolehkah kita mengubahnya? Adakah pilihan ibubapa itu tepat dan adak...

APA ITU JODOH???




Apakah maksud sebenar jodoh dan pertemuan di tangan tuhan? Dan bolehkah kita mengubahnya? Adakah pilihan ibubapa itu tepat dan adakah doa yang ibu pohonkan supaya anaknya menerima jodoh tersebut dimakbulkan oleh ALLAH? Dimanakah syurga seorang wanita, pada ibunya atau pada suaminya? Sebagai wanita siapakah yang lebih utama, ibunya atau suaminya?

Jawapannya: 
Memang diakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan. Bagamanapun kata-kata ini tidak boleh difahami secara umum begini, sebaliknya ia memerlukan huraian yang jelas, kerana ia mempunyai hubungan erat dengan qada' dan qadar Allah. Seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke anak cucu. Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga seorang yang sudah lama bercinta dan berjanji untuk untuk berkahwin namun mereka gagal berkahwin, juga dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan.

    Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada kaedah ini. Jangan hendaknya kerana jodoh pertemuan itu di tangan tuhan maka mereka tidak berusaha untuk mencari jodoh, sebaliknya mengambil sikap menunggu sahaja. Ini jelas satu prinsip hidup yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kita dikehendaki berusaha selaras dengan ajaran-ajaran Islam yang Maha Suci, tetapi kita juga hendaklah menyerahkan kejayaan usaha kita itu kepada Allah S.A.W. Setelah berusaha tetapi jodoh tidak ditemui juga barulah boleh kita mengatakan jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan. 

    Dengan lain perkataan jodoh dan pertemuan yang berbentuk umum itu boleh diubah dengan usaha yang kita lakukan, kerana tidak tidak seorangpun yang dilahirkan sudah mengetahui jodoh dan pertemuannya. Sehubungan dengan usaha yang berterusan selaras dengan syariat mesti dilakukan. Pilihan orang tua atau ibubapa untuk anak mereka tidak semestinya tepat, tetapi kebiasaannya ibubapa tidak akan memilih pasangan yang tidak baik untuk anak kesayangan mereka. Sebolehnya diusahakan mendapatkan pasangan yang baik kecuali mereka yang hidupnya bergelumang dengan kepentingan duniawi. Di kala itu ia akan mengutamakan kepentingan perut dari kebahagiaan rumahtangga anaknya.

    Soal permohonan ibubapa untuk menemukan jodoh anaknya adalah satu kerja yang baik. Biasanya doa kedua ibubapa adalah doa yang mudah diperkenankan oleh Allah. dan jika Allah kehendaki Ia akan memakbulkan permohonan itu. Tidak mustahil, kerana itu anak-anak disuruh menaruh sangka baik kepada doa ibubapa mereka. Bagamanapun ibubapa tidak boleh mengharapkan doa semata-mata, sebaliknya mereka juga perlu bergerak untuk mencari jodoh untuk anaknya. Jika anaknya sudah mempunyai kenalan yang berkenan di hati di mana perwatakan pasangannnya baik menurut kacamata syara' dan tidak apa yang kurang, di masa itu elok diterima sahaja pasangan yang sudah sekufu ini.

    Dari sudut ketaatan pula seorang anak perempuan dikehendaki taat kepada kedua ibubapanya selagi ia belum berkahwin dan selagi perkara yang diperintahkan itu tidak berbentuk maksiat. Tetapi setelah ia berkahwin ketaatan berubah kepada suaminya sepenuhnya. Dengan lain perkataan syurga seseorang perempuan itu sebelum berkahwin bergantung kepada ketaatan kepada kedua ibu bapa selain dari amalan-amalan wajib yang lain, dan setelah berkahwin bergantung kepada keredhaan suaminya dan tidak dalam perkara yang berbentuk maksiat. 


sumber: Firdaus zainuddin http://firdausislamic.blogspot.com/

12 November 2014

SHhh....Rahsia Bulan Kelahiran

Rahsia Bulan Kelahiran
rujukan hasil kajian dato fadhilah kamsah



JANUARI
# bercita-cita tinggi dan orangnya serius
# suka mendidik dan dididik
# sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
# rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
# suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif ,berfikiran mendalam
# pandai mengambil hati org lain pendiam kecuali telah dirangsang
# agak pemalu
# daya tumpuan yang sangat tinggi mudah mendisiplinkan diri sendiri # badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
# bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
# cukup sayang pd kanak-kanak
# suka duduk rumah
# setia pada segala-galanya
# perlu belajar kemahiran sosial
# cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
# berfikiran abstrak
# sukakan benda yang reality dan abstrak
# inteligent, bijak dan genius
# berpesonality yg mudah berubah
# mudah menawan org lain
# agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
# jujur dan setia pd segalanya
# keras hati untuk mencapai matlamat
# tidak suka dikongkong
# mudah memberontak apabila dikongkong
# suka kegiatan yg lasak
# emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
# mudah mempamirkan marahnya
# tidak suka benda yg remeh-temeh
# suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
# sangat berani dan suka memberontak
# bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
# pemerhatian yg tajam
# suka hiburan dan sukan
# suka benda yg bersifat seni
# sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
# berkecenderungan pd benda yg tahyul
# amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
# belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
# berpesonaliti yg menarik dan menawan
# mudah didampingi
# sgt pemalu dan pemendam rasa
# sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
# sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
#suka pada kedamaian
# sgt peka kepada orang lain
# sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
# tidak cepat marah dan sangat amanah
# tahu balas budi dan tahu kenang budi
# pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
# kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
# suka berangan-angan
# suka melancong
# sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
# kelam kabut dalam memilih pasangan
# suka dgn hiasan rumahtangga
# punya bakat seni dalalm bidang muzik
# kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
# jgn terlalu moody.

APRIL
# sgt aktif dan dinamik
# cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
# sgt menarik dan pandai manjakan diri
# punya daya mental yg sangat kuat
# suka diberi perhatian
# sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
# sgt berani dan tiada perasaan takut
# suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
# emosi cepat terusik
# try control the emotion
# kecenderungan bersifat dendam
# agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
# kuat daya ingatan
# gerak hati yg sangat kuat
# pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
# berpenyakit disekitar kepala dan dada
# sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
# kekerasan hati & degil
# kuat semangat & bermotivasi tinggi
# pemikiran yg tajam
# mudah marah apabila tidak dikawal
# pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
# perasaan yg amat mendalam
# cantik dr segi mental & fizikal
# tidak perlu dimotivasikan
# tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
# mudah dipujuk
# bersikap sistematik (otak kiri)
# suka berangan
# kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
# bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
# daya khayalan yg tinggi
# permikiran yg tajam
# pandai berdebat
# fizikal yg baik
# kelemahan sistem pernafasan
# suka sastera,seni & muzik serta melancong
# tidak berapa suka duduk dirumah
# tidak boleh duduk diam
# tidak punya ramai anak
# rajin dan bersemangat tinggi
# agak boros

JUN
# berfikiran jauh & berwawasan
# mudah ditawan krn sikap baik
# berperangai yg lemah lembut
# mudah berubah sikap,perangai,idea @mood
# idea yg terlalu banyak dikepala
# bersikap sensitif
# otaknya aktif (sentiasa berfikir)
# sukar melakukan sesuatu dgn segera
# bersikap suka menangguh-nangguh
# bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
# cepat marah & cepat sejuk
# suka bercakap & berdebat
# suka buat lawak & bergurau
# otaknya cerdas berangan-angan
# mudah berkawan & pandai berkawan
# org yg sangat tertib
# pandai mempamerkan sikap
# mudah kecil hati
# mudah kena selsema
# suka berkemas
# cepat rasa bosan
# sikap terlalu memilih & cerewet
# kurang mempamerkan perasaan
# lambat nak sembuh apabila terluka hati
# suka kepada barang yang berjenama
# mudah menjadi eksekutif
# kedegilan yg tidak terkawal
# sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
# Sangat seronok didamping
# Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
# Agak pendiam kecuali dirangsang
# Ada harga dan maruah diri
# Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
# Mudah dipujuk dan bercakap lurus
# Sangat menjaga hati orang lain
# Sangat peramah
# Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
# berjiwa sentimental
# jarang berdendam
# mudah memaafkan tapi sukar melupakan
# tidak suka benda remeh-temeh
# membimbing cara fizikal dan mental
# sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
# layanan yg serupa dgn semua orang
# tinggi daya simpati
# pemerhatian yg tajam
# suka menilai org lain dgn pemerhatian
# mudah dan rajin belajar
# suka muhasabah diri
# suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
# suka mendiamkan diri
# suka duduk dirumah
# suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
# tak agresif kecuali terpaksa
# lemah dari segi kesihatan perut
# mudah gemuk kawal tak kawal diet
# minta disayangi
# mudah terluka hati tapi lambat pulih
# terlalu mengambil berat
# rajin dalam membuat kerja

OGOS
# suka berlawak
# mudah tertawan kepadanya
# sopan santun dan caring terhadap org lain
# berani dan tidak tahu takut
# orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
# pandai pujuk org lain
# terlalu pemurah & bersikap ego
# nilai harga diri yg sangat tinggi
# dahagakan pujian
# semangat juang yg luar biasa
# cepat marah & mudah mengamuk
# mudah marah apabila cakapnya dilawan
# sangat cemburu
# daya pemerhatian yg tajam & teliti
# cepat berfikir
# fikiran yg berdikari
# suka memimpin & dipimpin
# sifat suka berangan
# berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
# sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
# cepat apabila ditimpa penyakit
# belajar utk relax
# sikap kelam kabut
# romantik ,pengasih,penyayang
# suka mencari kawan

SEPTEMBER
# sangat bersopan santun & bertolak ansur
# sangat cermat,teliti & teratur
# suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
# pendiam tapi pandai bercakap
# sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
# sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
# kerja yg dilakukan sangat sempurna
# sangat sensitif yg tidak diketahui
# org yg banyak berfikir # otak bijak & mudah belajar
# suka mencari maklumat
# kawal diri dari terlalu mengkritik
# pandai mendorong diri sendiri
# mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan
rahsia
# suka sukan,hiburan & melancong
# kurang menunjukkan perasaannya
# terluka hatinya sangat lama disimpan
# terlalu memilih pasangan
# sukakan benda yg luas
# bersistematik

OKTOBER
# suka sembang
# suka org yg sayang padanya
# suka ambil jln tengah
# sangat menawan & sopan santun
# kecantikan luar & dalam
# tidak pandai berbohong & berpura-pura
# mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
# sentiasa berkawan
# hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
# cepat marah
# macam pentingkan diri sendiri
# tidak menolong org kecuali diminta
# suka melihat dari perspektifnya sendiri
# tidak suka terima pandangan org lain
# emosi yg mudah terusik
# suka berangan & pandai bercakap
# mosi yg kelam kabut
# daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
# suka melancong,bidang sastera & seni
# pengasih ,penyayang & lemah lembut
# romantik dlm percintaan
# mudah terusik hati & cemburu
# ambil berat tentang org lain
# suka kegiatan luar
# org yg adil
# boros & mudah dipengaruhi persekitaran
# mudah patah semangat

NOVEMBER
# banyak idea dalam perkara
# sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
# berfikiran kehadapan
# berfikiran unik dan bijak
# penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa
# pemikiran yg tajam
# daya firasat yg sgt halus dan tinggi
# bagus utk jadi doktor
# cermat dan teliti
# personality dinamik
# sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
# banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra # berani, pemurah setia dan byk kesabaran
# terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
# tak suka marah kecuali digugat
# mudah ambil berat terhadap orang lain
# pandai muhasabah diri
# cara berfikir lain dari org lain
# otak yg sangat tajam
# pandai mendorong diri sendiri
#tidak hargai pujian
# kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
# cuba sampai berjaya
# badan yg tough
# kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
# romantik
# tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
# suka duduk dirumah
# sangat rajin dan berkemampuan tinggi
# amanah, jujur setia dan pandai berahsia
# tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
# bercita-cita tinggi
# perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER
# Sangat setia dan pemurah
# Bersifat patriotik
# Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
# Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
# Bercita-cita tinggi
# Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
# seronok didampingi
# Suka bercampur dgn org
# Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
# Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
# Tidak pandai berpura-pura
# Cepat marah
# Perangai yg berubah-ubah
# Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
# Benci pada kongkongan
# Suka berlawak
# Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik